Thursday 9 June 2011

Pengalaman benar yang tak dapat Ku lupakan

Bismillahirrahmanirrahim.

Tanpa izinNya saya tak munkin berada di sini untuk menulis secebis pengalaman benar pada subuh tadi yang amat mencemaskan apabila saya tiba2 di serang sakit perut yang amat sakit lagi memulas2 dan ketika itu seolah2 saya sedang berdepan dengan maut.
 
Saya di sini bukan semata2 nak promosi keajaiban losyen Pati Halia, tetapi apa salahnya berkongsi khasiat dari produk keluaran Smart Herbs ini.
Sebelum itu saya ingin menyampaikan ucapan berbanyak terimakasih pada Syarikat pengeluar produk Smart Herbs yang telah mencipta produk yang amat berkualiti dan sangat di perlukan dalam kehidupan seharian.

Sambil menitiskan air mata kesyukuran sekarang penyakit ceret beret saya subuh tadi kini telah sembuh setelah menggunakan Losyen Pati Halia, membuat hati saya berasa sangat kagum


Dari pengalaman yang lalu jika saya di serang keracunan makanan, saya akan buang air berulang2 tidak berhenti2 selang 10 minit. Ini akan membuatkan badan terus menjadi lemah kerana kekurangan air dalam badan dan kehilangan tenaga .Penyakit ini mengambil masa berhari2 utk sembuh jika tiada ubat yang sesuai.

Berbalik pada cerita  pengalaman di serang sakit perut subuh tadi, saya tidak menyangka boleh sembuh begini pantas tanpa memakan ubat tapi hanya dengan pengunaan Pati Halia cara yg betul dan pantas. Syukur Dia sungguh Maha Pengasih dan telah mengabulkan doa saya supaya pulih.

Lebih kurang pukul 4 pagi tadi, saya tiba2 terjaga dari tidur dan sudah tidak boleh melelapkan mata kerana tiba2 perut terasa sakit memulas2. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu terasa macam nak tercabut perut  saya.


Saya bergegas ke bilik air sambil menahan sakit yang amat. Keluar dari bilik air sakit perut berhenti seketika, tapi badan terasa seram sejuk pula, tangan sejuk, kaki juga sejuk.Lalu saya pakai baju sejuk dan setokin dengan harapan akan hilang rasa seram sejuk itu. Saya mula teringat makanan yg saya makan siang tadi, munkin makanan yg di sediakan itulah puncanya. Siang tadi saya yang mengupah seseorang masak untuk majlis perasmian kedai baru saya sambil mengadakan bacaan doa selamat .

Dalam fikiran saya ketika sakit perut begini , saya mesti cari ubat secepat munkin agar tidak melarat. Kebetulan ubat sakit perut yang biasa sudah kehabisan, kalau ada pun entah terselit di mana2 dah tak larat nak cari. Anak  pula sedang tidur nyenyak,  tidur mati. Pasti tidak akan bangun walau di kejutkan. Dia pun bukan berani nak keluar pergi kedai beli ubat gelap2 ni. Kedai pun belum tau ada yg buka. 


Di hati kecil Ku cuma mampu berdoa pada Tuhan agar di sembuhkan penyakit ini. Akan tetapi beberapa minit kemudian perut sakit memulas2 lagi lalu terus bergegas  ke bilik air. Kali ini  terasa lebih sakit dari permulaan tadi. Belum sempat masuk bilik air tiba2 rasa macam nak pitam. Pandangan mata mula nak gelap dah rasa di awang2an. Badan jadi lemah rasa hilang seluruh tenaga macam nak jatuh, lalu saya berpaut di dinding pintu bilik air utk menenangkan diri. Ketika itulah saya rasa seakan maut mahu menjemput , hati hanya mampu terus berdoa dengan sepenuh harapan.  

"Ya Allah, jika majlis yg Ku adakan siang tadi suatu kebaikan amal jariah maka ku mohon sembuhkanlah sakit Ku" Saya berdoa dalam hati kerana itu sajalah yang termampu ketika itu. 


Saya  terbayang kemunkinan sakit perut ini akan berpanjangan jika tidak makan ubat dengan pantas, munkin juga tidak sempat ke kelinik yang hanya di buka pada siang pukul 10 pagi nanti.


Syukur, selepas saya berdoa rasa nak pitam berkurangan tapi perut terus mengelodak dan rasa loya nak muntah pula.. Saya dah boleh bergerak perlahan2 ke bilik air.


Keluar bilik air dengan pantas saya menyapu losyen pada perut badan kaki, tangan, bahu dan lutut, kerana itu sajalah ubat yang ada. Sambil itu saya bancuh air susu panas utk di minum. Beberapa minit kemudian saya merasa suatu ke ajaiban yang amat sangat bila saya mula berpeluh. Sakit perut yang amat sangat tadi beransur pulih. Sambil menitis air mata kesyukuran, terus solat subuh dan membaca surah yassin untuk di sedekahkan pahlanya pada arwah kedua orang tua saya.














No comments:

Post a Comment